Hitomi, Rui dan Ai adik-beradik dan kucing pencuri. Mereka mencuri lukisan di sebuah muzium sama waktu dengan Lupin Ketiga mencuri lukisan lain. Kedua-dua lukisan itu sebahagian daripada siri karya Michael Heinz bertajuk Si Gadis dan Bunga. Bagi gadis-gadis itu, lukisan itu petunjuk untuk mencari ayah mereka. Apabila dapat tahu Lupin juga mahu dapatkannya, hati mereka membara.